Ticker

6/recent/ticker-posts

Kedua-dua isteri adalah kekuatan saya, kata Syamsul Yusof

 



Syamsul Yusof, pengarah dan penerbit, menganggap bahawa konflik keluarga yang dihadapi pada masa ini adalah satu ujian dari Allah. Baginya, ini menjadi peluang untuk lebih mendekatkan diri dan keluarganya kepada Tuhan.


Dalam keadaan yang sukar ini, Syamsul mengakui bahawa dia dan isterinya masih dapat mengawal emosi mereka dengan memperbanyakkan solat. Walau menghadapi kritikan dan celaan dari pelbagai pihak, mereka berusaha untuk terus menghadapi ujian ini dengan sabar dan kekuatan iman.


“Baik Sarah atau Ira, kedua-duanya adalah kekuatan saya. Ini adalah satu fasa ujian dalam hidup. Apa yang masyarakat luar cakap, seburuk mana pun kecaman, kita kena kuat.




“Saya ada bersembang tentang kemelut yang berlaku dengan Ira. Mestilah, kami suami isteri. Ketika sedang makan, berbual tentang dugaan yang perlu kami tempuh bersama.


“Alhamdulillah, semuanya masih terkawal. Kena banyakkan solat dan kuatkan semangat. Ujian Allah beri kan,”ujarnya berkata demikian dalam satu sidang media baru -baru ini.


Sementara itu, Syamsul turut menafikan dakwaan Ira sebelum ini sering datang ke set penggambaran dan membuat akaun palsu untuk menganggu keluarganya.




“Saya minta maaf. Alhamdulillah, isteri kedua saya memang dengar kata saya. Dia tak pernah keluar kenyataan apa pun. Kalau ada pun sikit sahaja. Pasal Ira buat akaun palsu. Sejauh mana kebenaran itu?


“Bila kita bicara pasal akaun palsu susah nak buktikan. Ibu saya, ayah saya menganggu. Sekali lagi anda yakin isteri kedua saya yang buat? Bukan saya nak‘back up Ira. Cuma sejauh mana kebenaran,” katanya.


Sumber : Utusan Online


Post a Comment

0 Comments