Ticker

6/recent/ticker-posts

Mahkamah arah Amelia Henderson bayar lebih RM200,000 kepada A Aida

 



Mahkamah Sesyen Sivil hari ini telah mengarahkan pelakon Amelia Henderson untuk membayar lebih daripada RM200,000 kerana melanggar kontrak dengan syarikat penerbitan A Aida Production Sdn Bhd.


Hakim Zulqarnain Hassan juga memutuskan bahawa Amelia harus memohon maaf dan memadamkan video yang mengandungi kenyataan fitnah terhadap syarikat tersebut. 


Seramai tiga saksi daripada plaintif dan tiga saksi defendan memberikan keterangan semasa perbicaraan yang bermula pada 1 November tahun lepas. 




Fazeyla Ahmad, pengurus produksi A Aida Production, memberitahu mahkamah bahawa syarikat itu terpaksa menanggung kerugian akibat pelanggaran perjanjian yang dibuat oleh Amelia ketika menerima tawaran untuk membintangi drama Sekali Lagi Cinta Kembali. 


Ketika perbicaraan, pengurus produksi A Aida Production, Fazeyla Ahmad, 42, dilaporkan memberitahu mahkamah, syarikat itu terpaksa menanggung kerugian akibat pelanggaran perjanjian yang dibuat Amelia.


Namun, Amelia tetap dengan pendirian menafikan melanggar kontrak ketika menerima tawaran untuk membintangi drama berjudul Sekali Lagi Cinta Kembali.




Idris Khan, seorang pelakon lain, juga berdepan dengan tindakan saman yang sama dengan Amelia atas dakwaan melanggar kontrak perjanjian sebuah drama yang ditandatangani bersama. 


Walau bagaimanapun, saman antara A Aida dan Idris berjaya diselesaikan secara baik di luar mahkamah, manakala Amelia memilih untuk dibicarakan.


Sumber : Berita Harian Online



Post a Comment

0 Comments