Ticker

6/recent/ticker-posts

Mira trauma dengan tular pasal dirinya sehingga malu balik raya

 



Amirah Aqilah atau lebih dikenali sebagai Mira masih lagi menyembunyikan diri buat sementara waktu dalam menghadapi kontroversi melibatkan dirinya dan pempe­ngaruh media sosial terkenal, View Chin.


View Chin berkata, ada ahli keluarga Mira yang jatuh sakit disebabkan kontroversi tersebut dan ada yang tidak mahu pulang beraya termasuk Mira sendiri.


Ujarnya, Mira dan juga ahli keluarga terdekat menerima kecaman yang teruk daripada orang ramai, menyebabkan dia memilih untuk berdiam diri buat sementara waktu.



“Jadi buat masa ini, Mira terpaksa ‘bersembuyi’ kerana dia masih trauma dengan apa yang berlaku termasuk keluarganya yang turut terpalit,” katanya dalam temu bual eksklusif bersama Kosmo!.


Dalam pada itu, View Chin menjelaskan, panggilan ‘sayang’ atau ‘dear’ kepada semua pekerja di bawahnya, dianggap sebagai satu budaya di tempat kerja.




“Saya memang guna perkataan ‘sayang’ dan ‘dear’ dekat semua pekerja, bukan Mira sahaja,” katanya.


Panggilan itu menjadi per­soalan orang ramai apabila tular tangkap layar perbualan mesej antara Mira dan View Chin yang sangat mesra di WhatsApp yang dikongsikan Ah Moi sebelum ini.


Sumber : Kosmo! Online

Post a Comment

0 Comments