Ticker

6/recent/ticker-posts

Netizen tak dapat tahan sebak lihat posting terbaru dari View Chin, tak sangka sampai begini dia kena lalui...

 



Sejak beberapa hari yang lalu, View Chin telah menjadi tumpuan perhatian apabila didakwa curang dan mempunyai hubungan sulit dengan stafnya, Mira. 


Ramai netizen mengecam tindakan View Chin yang menghancurkan kepercayaan isterinya dan juga mengecam Mira sebagai 'penyondol' yang merosakkan rumah tangga bosnya sendiri. 


Namun tidak berdiam diri dan menjadi lelaki sebenar yang tidak lari dari masalah, View Chin memuat naik satu perkongsian di facebook miliknya memaparkan keadaan rumahnya yang kini telah dikosongkan.




Saya ingin memohon maaf kepada semua beberapa hari Ini saya berdiam diri. Saya tahu ini ujian yang sangat berat buat saya, saya tahu pelbagai persoalan bermain difikiran anda. Saya akan bagi statment secepat mungkin bagi saya masa untuk saya perbetulkan segala keadaan & persoalan yang telah menimpa.  

Rumah saya sudah kosong tanpa ada apa apa barang semua barang telah dipindahkan. Pelbagai kerja saya perlu selesaikan seller & semua brand barangan bertanya berkenaan perkaraan yg telah viral dan juga mereka ingin duit mereka dipulangkan kembali. Saya perlu satu per satu menjawab setiap seller & memulangkan kembali duit mereka. Saya perlu selesaikan setiap tanggungjawab saya dahulu. 

Pekara ini menimpa sampaikan buisness saya langsung tk dapat dijalankan lagi, kedai saya dikacau oleh orang ramai begitu juga dgn staff saya juga kena kacau oleh mereka berkenaan. 

Bagi saya masa untuk saya balas setiap persoalan yang anda semua nk tahu, saya akan menjawab.

Sekian dari saya VIEW CHIN. #Viewchin


Menjenguk di ruangan komen, rata-rata netizen masih mengecam tindakan View Chin.Namun ada juga peminat yang memberikan kata-kata semangat kepada View Chin agar tabah menghadapi dugaan yang menimpanya sekarang.






Rasanya kita sebagai orang luar tak perlulah melebih-lebih dalam berkomen, kita tidak tahu apa sebenarnya berlaku.. Semoga View Chin dapat menyelesaikan masalah yang dia tanggung sekarang...

Sumber : FB View Chin



Post a Comment

0 Comments