Ticker

6/recent/ticker-posts

Saya Risau Anak Dicium Orang Ramai Dan Saudara Masa Hari Raya, Kata Mona Allen

 



Pelakon Mona Allen telah menunjukkan kebimbangannya mengenai keselamatan anak sulungnya, Petra Pekin menjelang Hari Raya ini di Instagram. 


Mona berkongsi bahawa dia gelisah memikirkan cara untuk menghalang orang ramai daripada mencium anaknya, serta meminta tip daripada pengikutnya di media sosial. 


Mona juga mengungkapkan kebimbangannya tentang kesihatan Petra dan berusaha untuk mengelakkan dia dari dijangkiti virus Respiratory Syncytical Virus (RSV).



“Saya berharap nanti masa Raya tolonglah jangan kiss Petra. Takut virus RSV. Macam mana nak bagi tahu orang kampung, family atau saudara-mara janganlah cium baby. Any tips?,” soalnya. 



Sementara itu, Mona turut berkongsikan pandangan netizen berhubung isu tersebut di Instagram miliknya dimana ada yang menyarankan pelakon itu sentiasa mendukung anaknya dan tidak lepaskan kepada orang lain.





Mona menjawab bahawa dia sudah mencuba untuk mengamalkan cadangan tersebut namun tidak berjaya untuk menghalang orang ramai daripada mencium anaknya. 


Dia merasakan bahawa kebimbangan yang dihadapinya ini adalah kerana virus RSV yang boleh menyerang bayi dan kanak-kanak kecil pada musim perayaan ini. 


Mona juga berterima kasih kepada pengikutnya yang memberikan tips dan nasihat tentang cara menjaga kesihatan anaknya. 


Ada juga yang mencadangkan supaya Mona memberitahu orang ramai secara terus mengenai kebimbangannya supaya tiada perkara yang tidak diingini berlaku.


Sumber : Rotikaya

Post a Comment

0 Comments