Ticker

6/recent/ticker-posts

Saya takkan paksa Scha bertudung, kata Awal Ashaari

 



SEBAGAI suami, Awal menyokong apa sahaja keputusan yang dilakukan isterinya, Scha Alyahya terutama sekali dalam soal penghijrahan.


Setelah pulang dari Tanah Suci mengerjakan ibadah umrah, selebriti terkenal Scha Alyahya dilihat sering tampil dengan imej bertudung, terutama demi melunaskan komitmen sebagai model beberapa jenama pakaian.


Dipuji semakin cantik dan sopan, sebagai suami, Awal Ashaari tidak terlepas daripada memberi respons positif memuji isterinya yang kelihatan semakin menawan dengan penampilan baharu.


Pada masa sama, pemilik nama lengkap Ahmad Awaluddin Ashaari itu me­ngakui tidak memaksa isterinya melakukan perubahan terutama sekali mengenai penghijrahan.


“Tidak dinafikan apabila Scha memakai tudung kelihatan lebih manis dan ayu. Sebagai suami saya hanya mendoakan yang terbaik.


“Sebagai suami mestilah saya mahu isteri menuju ke arah kebaikan dan tidak mahu sebarang perubahan dilakukan dengan cara paksaan.


“Perkara seperti ini perlu datang dari dalam dan apa paling penting kami mahu perbaiki hubungan dengan Allah,” kata Awal kepada HibGlam.


Berkongsi lanjut, bekas pengacara Melodi itu mendedahkan, sebelum ini Scha banyak menerima tawaran sebagai model bertudung tetapi menolak kerana masih belum bersedia.


Selepas pulang daripada mengerjakan umrah, Awal bersyukur pasangannya itu lebih terbuka dan sudah menerima tawaran-tawaran model berhijab.


“Sebelum ini banyak jenama yang menghampiri Scha untuk menjadi model bertudung tetapi dia belum bersedia.




“Namun, selepas balik umrah dia jadi lebih terbuka dan menerima kerja begitu.


“Sebagai suami saya hanya menyokong dan berada di belakang apa sahaja keputusan yang dilakukannya,” ujarnya.


Meskipun menyukai perubahan Scha, Awal meletakkan sepenuhnya keputusan tersebut kepada tuan empunya badan. Baginya penghijrahan bukan sesuatu yang mudah.


“Saya rasa ini merupakan perubahan besar bagi dia dan selalu juga saya usik sama ada dia ke arah penghijrahan.


“Dia tidak menidakkan dan mengiyakan cuma nampak lebih selesa memakai tudung.


“Jika dia buat keputusan untuk bertudung suatu hari nanti, mengapa tidak.


“Benda ini keputusan yang besar dan perlu beristiqamah,” jelas aktor itu.


Dalam pada itu, Awal akui bukan tidak mahu memaksa Scha dalam melakukan penghijrahan tetapi dia yakin perubahan tersebut akan datang dengan sendiri.


Jika secara paksaan, Awal yang kini bergelar pemilik kedai The Great Coffee itu percaya bahawa perubahan tersebut hanya bersifat sementara kerana dilakukan tanpa keikhlasan.


“Kalau cakap tak paksa Scha, nanti ­netizen akan cakap, sebagai suami saya boleh berbuat demikian.


“Namun, kalau paksa dan perbuatan tersebut tidak datang dari hati, tiada guna juga.


“Penghijrahan datang dari dalam dan hijrah satu komitmen yang besar kerana jika sudah melakukannya kita mahu perkara tersebut kekal,” jelas bapa kepada dua anak itu.



Post a Comment

0 Comments