Ticker

6/recent/ticker-posts

Setiap hari satu keluarga berbuka di masjid, rupanya suami hilang kerja

 


Penafian : Gambar sekadar hiasan

Seorang pengguna Facebook meluahkan rasa sedih apabila Ramadan tahun ini dia sekeluarga diuji dengan masalah kewangan.


Pemilik akaun Facebook, Alia Yassin itu berkata, bermula 1 Ramadan sehingga semalam, dia sekeluarga berbuka puasa di masjid berdekatan rumah mereka.


“Puasa kali ini kami diuji masalah kewangan, suami diberhentikan kerja, anak bongsu saya sememangnya kurang sihat dan perlukan kos rawatan tinggi setiap hari. Duit simpanan yang ada kami fokus untuk keperluan kecemasan keluarga.


“Ada kalanya malu sebab hari-hari muka kami sekeluarga makan di masjid, ada juga penduduk sekitar yang berbunyi tapi syukur sangat pihak pengurusan sangat mengalu-alukan kehadiran kami berbuka di masjid,” luahnya menerusi satu hantaran pagi tadi.


Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, ramai yang memberikan kata-kata semangat kepada wanita tersebut disamping mendoakan mereka sekeluarga agar dimurahkan rezeki.


“Percaya pada rezeki Allah puan, Allah uji sekarang sebab Allah nak beri yang lebih selepas ini,” pesan Yunni.


Selain itu, ada beberapa pengguna lain bertanyakan lokasi wanita itu untuk dihantar bantuan, namun setakat ini belum menerima maklum balas. – KOSMO! ONLINE

Post a Comment

0 Comments