Pelakon dan pelawak Indonesia, Elly Sugigi telah mengakui bahawa dia pernah menggunakan susuk untuk meningkatkan peluang kerja dan menjadi lebih menarik untuk menarik perhatian lelaki.
Namun, Elly yang juga dikenali sebagai Elly Suhari, yang kini berusia 52 tahun, mengakui bahawa dia tidak lagi menggunakan susuk kerana menyedari bahawa tindakan tersebut bertentangan dengan ajaran Islam.
“Saya ‘pakai’ untuk tujuan kerja supaya menjadi lebih laris dan mahu semua berjalan lancar. Namun selepas sedar ia tidak boleh menurut agama Islam, maka saya lepaskan semuanya.
“Syukur selepas membuang semua itu, pekerjaan saya masih berjalan seperti biasa. Saya mampu menjalani hidup seperti biasa meskipun masih belum memiliki rumah sendiri,” katanya.
Elly yang pernah mendirikan rumah tangga sebanyak lima kali dengan jejaka jauh lebih muda darinya turut memberitahu sebelum ini dia sengaja mencipta kontroversi sebegitu.
“Saya sudah tidak mahu terlibat dengan cerita-cerita sebegitu. Doakan saya berjaya dengan diri sendiri,” jelasnya.
Sumber : mStar Online
0 Comments