Ticker

6/recent/ticker-posts

Nissa Sabyan berkahwin dengan Ayus

 



SELAMA bertahun berdiam diri atas tuduhan menjalin hubungan sulit, anggota kumpulan Sabyan Gambus, Nissa dan Ayus disahkan bergelar suami isteri dalam sebuah majlis tertutup yang berlangsung di kediaman pengantin perempuan di Bekasi, Indonesia pada 4 Julai lalu.


Ketua Wilayah Pondok Gede, Ahmad Sumroni yang mendedahkan perkara itu berkata, pernikahan pasangan itu berlangsung selepas Isyak dengan hanya dihadiri keluarga terdekat kedua-duanya.


Ayus, pemain keyboard kumpulan Sabyan Gambus yang juga duda anak dua itu menyerahkan mas kahwin berupa cincin emas bersama wang tunai sebanyak RM56.


“Status Fairus sebagai duda, manakala Nissa belum pernah bernikah, jadi masih perawan. Nikah di rumah Nissa yang melaksanakan ayah kandungnya. Penghulu hanya menghadiri dan mencatat,” katanya Ahmad Sumroni.


Nissa atau nama penuhnya Khoirunnisa Sabyan, 25, sebelum ini menyifatkan gosip sebagai penyondol dan peruntuh rumah tangga teman sekumpulannya itu hanya asam garam dunia hiburan.


Nissa mengambil pendekatan mendiamkan diri biarpun dituduh menjadi penyondol dan punca kecurangan Ayus terhadap isterinya, Ririe Fairus yang dibongkar adik pemuzik itu sendiri.


Post a Comment

0 Comments