Ticker

6/recent/ticker-posts

Pelakon dan pengacara terkenal kahwin semula bekas suami

 



Kiah atau nama sebenarnya Siti Rokhaida Abdul Khalil, 45, berkata dia bertindak melamar suaminya Mohamad Nazri Ismail, 57, selepas lelaki itu didiagnos kanser leher sejak seminggu lalu.


"Selama lapan tahun ini dia ajak saya untuk kembali bersama tapi saya tidak mahu bukan kerana saya bencikan dia tapi selesa hidup bersendirian.


"Tapi selepas dia disahkan kanser tempoh hari saya lamar dia kembali dan segala persiapan dilakukan dalam masa seminggu.


"Hubungan kami baik selama ini, dia juga membantu saya berniaga ke mana-mana. Dia ada ketika susah senang saya. Tak akan saya nak biar dia tanggung kesakitan seorang diri," katanya ketika dihubungi mStar.


Menurut Kiah, keputusan tersebut diambil bagi mengelakkan fitnah serta memudahkan dirinya bersentuhan tanpa memikirkan dosa ketika menguruskan suaminya.


Sumber : mStar Online

Post a Comment

0 Comments